16 Mei merupakan tarikh untuk kita mengenang dan menghargai jasa dan pengorbanan guru membangun bangsa dan masyarakat tanpa kenal erti jemu dan penat lelah.
Selamat Hari Guru kepada semua guru dan warga pendidik di Akademi Generasi Mukmin Eduzone dan Malaysia yang bertungkus-lumus mendidik kita selama ini. Terima Kasih atas ilmu dan bakti yang diberikan.
Semoga semua guru terus istiqamah mendidik untuk membangunkan generasi pemimpin ummah masa hadapan.
‘Guru Insani Pemangkin Generasi Madani’