Akademi Generasi Mukmin Eduzone

AKADEMI GENERASI MUKMIN merupakan satu syarikat yang menguruskan perkhidmatan pendidikan persendirian yang menekankan ciri pendidikan berteraskan tauhid, mengenal Allah seawal usia melalui penghayatan surah utama Al – Fatihah dan bertunjangkan metod pendidikan Rasulullah S.A.W agar dapat membentuk keperibadian generasi mukmin bermula dari peringkat awal kanak – kanak sehingga ke peringkat menengah berkonsepkan one stop centre.

Ini adalah kerana pendidikan merupakan suatu perkara yang amat penting dan besar dalam memenuhi tujuan kehidupan manusia diciptakan serta memahami fungsi kehidupan di muka bumi ini di samping mengetahui dengan jelas kemana hala tuju kehidupan ini akhirnya. Jesteru itu, hanya pendidikan yang bertunjangkan tauhid serta makrifatullah sahajalah yang pastinya boleh merealisasikan objektif asas tujuan kehidupan insan seterusnya memastikan kita tidak menyalahi fungsi sebenar kewujudan di muka bumi ini.

Lipatan sejarah membuktikan corak pendidikan berteraskan Al Quran dan As Sunnah melalui Rasulullah S.A.W sebagai “role model” berjaya mengeluarkan manusia dari zaman jahiliyyah kepada kecemerlangan dan kegemilangan ketamadunan dunia. Oleh itu, jika ingin memastikan Islam kembali gemilang dan mendominasi ketamadunan dunia kini, kita seharusnya komited melaksanakan pendidikan Islam secara sepadu dan holistik merangkumi aspek jasmani, emosi, rohani, intelektual, dan sosial .

Oleh itu, pendidikan secara formal dibawah sistem persekolahan rasmi seharusnya melaksanakan metod pengajaran, konsep pendidikan, budaya pendidikan, jati diri pendidik, kurikulum pendidikan serta ko kurikulum yang berteraskan Al Quran dan As Sunnah secara menyeluruh.

Akademi Generasi Mukmin Eduzone Sdn. Bhd. ditubuhkan pada tahun 2017 (no. pendaftaran syarikat: 1454121-w), beralamat di G-13, Jalan Kasturi 1A, Bukit Beruntung,48300 Rawang, Selangor Darul Ehsan merupakan satu syarikat yang menguruskan semua institusi pendidikan yang berada di bawah Al Amin Training & Education sebelum ini dengan lebih sistematik, efisien, dan berdaya saing dalam memberi khidmat kepada ummah dan masyarakat sekitar khasnya.

Akademi Generasi Mukmin Eduzone Sdn. Bhd. atau dikenali sebagai (AGME) bercirikan perkhidmatan pendidikan bercirikan one stop centre iaitu dengan menawarkan perkhidmatan pendidikan setempat dari peringkat awal kanak – kanak, pra sekolah (Tadika), sekolah rendah sehingga ke peringkat sekolah menengah berteraskan didikan dan pembinaan karektor generasi mukmin bermula dari seawal usia hingga ke peringkat menengah agar anak – anak yang tamat pembelajarannya di sini mempunyai satu jati diri mukmin yang mantap dan seterus mampu membentuk kehidupan diri, masyarakat, Negara, dan dunia berteraskan Al Quran dan as Sunnah.

Tahun 2005, bermula dengan penubuhan Sekolah Rendah Islam An Najah . iaitu kelas pendidikan agama & fardhu ain untuk murid-murid sekolah rendah (Tahun 1 hingga tahun 3) mengguna pakai kurikulum agama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan pengambilan pertama seramai 60 orang murid di lokasi lot kedai pejabat 1-7A, Jalan kasturi 1A, Bukit Beruntung, Rawang, Selangor dan berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor.

Pada tahun 2006, Sekolah Rendah Islam Integrasi Al Amin ditubuhkan, menawarkan perkhidmatan pendidikan berkonsepkan integrasi yang menggabungkan sukatan pelajaran akademik Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Kementerian Pendidikan Malaysia dan pendidikan fardhu ain sukatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam satu sesi persekolahan sahaja(tanpa perlu pergi ke 2 buah sekolah berasingan untuk pendidikan akademik dan agama). Pengambilan pertama murid seramai 40 orang untuk Tahun 1 hingga Tahun 3 dan beroperasi di unit 1-3A, Jalan Kasturi 1A, Bukit Beruntung, Rawang, Selangor.

Pada tahun 2008, AGMSB menambah bentuk perkhidmatan kepada pendidikan peringkat tadika untuk kanak – kanak berumur 4 hingga 6 tahun. Bermula dengan pengambilan pertama seramai 13 orang murid sahaja di lot G 7, Jalan Kasturi 1B, Bukit Beruntung, Rawang, Selangor dengan bernaung di bawah nama Al Amin Excellent Centre pada asalnya.

Tahun 2009, Taska Permata Al Amin diwujudkan bagi mengembangkan sayap perkhidmatan kepada pendidikan awal kanak – kanak. Menekankan konsep asuhan dan didikan Islamik dan mempraktikkan kurikulum PERMATA Negara untuk bayi berumur 2 bulan ke atas hingga kanak – kanak berumur 4 tahun.

Alhamdulillah, setelah menjejaki usia perkhidmatan 11 tahun bermula Januari 2015, Sekolah Menengah Islam Integrasi Al Amin mula beropeasi di G 21, Jalan Kasturi 1A dengan pengambilan pertama seramai 30 orang pelajar terdiri dari pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 2 sahaja sebagai satu kesinambungan pendidikan peringkat menengah dan altenatif pendidikan berkonsepkan Islamik Integrasi dan Tahfiz. Memberi penekanan pembinaan sahsiah akhlak mukmin sebagai keutamaan sebelum pendidikan ‘aqliah (akal) dalam kerangka asas pembentukan karektor kepimpinan generasi mukmin professional menerajui ketamudunan globalisasi berteraskan syariahtullah .

Tahun demi tahun berlalu, pelbagai rintangan dan cabaran yang dilalui serta pelbagai kejayaan yang telah diraih oleh murid-murid serta anugerah – anugerah yang diterima oleh sekolah, terus meletakkan AGMSB komited dalam memberkan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat dalam mendidik anak bangsa demi meraih mardhatillah dan membina legasi akhirat.

Memberi penekanan kepada proses pendidikan yang berteraskan tauhid untuk melahirkan dan membina keperibadian generasi mukmin professional yang mampu membentuk kehidupan diri, masyarakat, Negara dan dunia berteraskan Al Quran dan as Sunnah melalui pendidikan integrasi, holistic dan berterusan.

PERKHIDMATAN PENDIDIKAN

BILANGAN PELAJAR

BILANGAN GURU & STAFF

Sekolah Rendah Islam An Najah

251

12

Sekolah Rendah Islam Integrasi Al Amin

366

30

Sekolah Menengah Islam Integrasi Al Amin

53

6

Tadika Integrasi Cemerlang

124

11

Taska & Playschool Permata Al Amin

87

14

Pusat Jagaan Permata Generasi Mukmin (Transit)

219

2

Pejabat Pentadbiran

5

Keselamatan, Kebersihan & Penyelenggaraan

2

Café Saidatina Khadijah

9

JUMLAH KESELURUHAN

1100

91

PERKHIDMATAN PENDIDIKAN

BILANGAN PELAJAR

BILANGAN GURU & STAFF

Sekolah Rendah Islam An Najah

265

13

Sekolah Rendah Islam Integrasi Al Amin

355

30

Sekolah Menengah Islam Integrasi Al Amin

58

6

Tadika Integrasi Cemerlang

109

12

Taska & Playschool Permata Al Amin

53

15

Pusat Jagaan Permata Generasi Mukmin (Transit)

149

2

Pejabat Pentadbiran

6

Keselamatan, Kebersihan & Penyelenggaraan

5

Café Saidatina Khadijah

10

JUMLAH KESELURUHAN

840

99

PERKHIDMATAN PENDIDIKAN

BILANGAN PELAJAR

BILANGAN GURU & STAFF

Sekolah Rendah Islam An Najah

247

12

Sekolah Rendah Islam Integrasi Al Amin

399

35

Sekolah Menengah Islam Integrasi Al Amin

61

11

Tadika Integrasi Cemerlang

125

12

Taska & Playschool Permata Al Amin

92

17

Pusat Jagaan Permata Generasi Mukmin (Transit)

182

2

Pejabat Pentadbiran

9

Keselamatan, Kebersihan & Penyelenggaraan

4

Café Saidatina Khadijah

13

JUMLAH KESELURUHAN

1106

115

PERKHIDMATAN PENDIDIKAN

BILANGAN PELAJAR

BILANGAN GURU & STAFF

Sekolah Rendah Islam An Najah

263

14

Sekolah Rendah Islam Integrasi Al Amin

406

34

Sekolah Menengah Islam Integrasi Al Amin

57

9

Tadika Integrasi Cemerlang

104

13

Taska & Playschool Permata Al Amin

68

17

Pusat Jagaan Permata Generasi Mukmin (Transit)

244

2

Pejabat Pentadbiran

11

Keselamatan, Kebersihan & Penyelenggaraan

5

Café Saidatina Khadijah

10

JUMLAH KESELURUHAN

1142

115

PERKHIDMATAN PENDIDIKAN

BILANGAN PELAJAR

BILANGAN GURU & STAFF

Sekolah Rendah Islam An Najah

249

10

Sekolah Rendah Islam Integrasi Al Amin

386

34

Sekolah Menengah Islam Integrasi Al Amin

58

9

Tadika Integrasi Cemerlang

83

10

Taska & Playschool Permata Al Amin

58

14

Pusat Jagaan Permata Generasi Mukmin (Transit)

236

3

Pejabat Pentadbiran

15

Keselamatan, Kebersihan & Penyelenggaraan

5

Café Saidatina Khadijah

10

JUMLAH KESELURUHAN

1070

110

PERKHIDMATAN PENDIDIKAN

BILANGAN PELAJAR

BILANGAN GURU & STAFF

Sekolah Rendah Islam An Najah

260

10

Sekolah Rendah Islam Integrasi Al Amin

407

35

Sekolah Menengah Islam Integrasi Al Amin

58

9

Tadika Integrasi Cemerlang

69

10

Taska & Playschool Permata Al Amin

54

15

Pusat Jagaan Permata Generasi Mukmin (Transit)

271

6

Pejabat Pentadbiran

14

Keselamatan, Kebersihan & Penyelenggaraan

5

Café Saidatina Khadijah

10

JUMLAH KESELURUHAN

1119

114

Copyright © 2020 Akademi Generasi Mukmin Eduzone Sdn Bhd