Sekolah Rendah Islam Integrasi Al Amin

 

1.Mempunyai tenaga pengajar yang terlatih dan berpengalaman.

2.Menyediakan aktiviti rutin dan budaya didikan serta suasana biah solehah  yang membina sahsiah generasi mukmin. Penekanan pendidikan adab melalui penghayatan ayat-ayat akhlaq

3.Suasana pembelajaran yang selesa dalam kelas yang berhawa dingin.

4.Aspek keselamatan yang terjamin dalam persekitaran yang terkawal.

5.Tumpuan pembelajaran yang tinggi dalam bilangan murid yang minimum (25 orang maximum satu kelas)

6.Kesepaduan pendidikan akademik dan agama secara teori dan praktikal dan peluang penglibatan anak-anak dengan pertandingan sukan dan KAMIL di luar daerah.

7.Pembelajaran menyeronokkan dengan aktiviti sains teknologi ,kejuruteraan,arkitek dan matematik (STEAM).

8.Kurikulum hafazan berserta tadabbur ayat

1.Penerima Anugerah Sekolah Swasta Cemerlang PSRA Daerah Hulu Selangor berturut-turut dari 2014 hingga 2019 .

2.Penerima Anugerah Sekolah Swasta Cemerlang UPKK Daerah Hulu Selangor 2014, 2015, 2018, 2019 .

3.Penerima Anugerah Sekolah Swasta Cemerlang Negeri Selangor 2019

4.Pencapaian Sekolah Swasta Cemerlang UPSR 2018, 2019 anjuran Gabungan Sekolah Swasta Islam Selangor (GASIS).

5.Pembelajaran dalam kelas berkonsepkan “Small Group Coaching” .

6.Laporan prestasi pembelajaran anak-anak yang sistematik melalui sistem E-waris .

7.Konsep “one stop education centre” memudahkan ibu bapa menghantar anak-anak dari peringkat Pendidikan awal kanak-kanak,pra sekolah,sekolah rendah dan sekolah menengah.

8.Teknik belajar membaca Al-Quran sepantas kilat dengan sistem Al Barqy

NAMA SEKOLAH : SEKOLAH RENDAH ISLAM INTEGRASI AL AMIN

Penggunaan nama Sekolah Rendah Islam (SRI) merujuk kepada Sekolah Swasta Islam yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Manakala perkataan ’’integrasi’’ merujuk kepada penggunaan kurikulum yang menggabungkan sukatan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kurikulum Fardhu Ain JAIS di dalam satu sesi persekolahan.

Penggunaan perkataan ’’Al Amin’’ pula merujuk kepada wawasan sekolah yang inginkan murid-murid di sekolah ini mempunyai akhlak dan jiwa ”’Al Amin’’ sebagaimana keperibadian Rasulullah SAW yang digelar sebagai Al Amin.


i.Lambang kubah bermaksud bahawa pendidikan di sekolah berlandaskan falsafah pendidikan Islam yang berteraskan tauhid bagi membina dan melahirkan insan rabbani, berilmu dan berakhlak mulia serta berkemampuan membentuk kehidupan diri, masyarakat, negara dan dunia sebagaimana yang dituntut oleh Al Quran dan Al Sunnah melalui pendidikan seimbang, sepadu, menyeluruh dan berterusan.

ii.Lambang alatan sains bermaksud kepentingan ilmu sains dan teknologi.

iii.Lambang buku dan obor bermaksud ilmu yang merupakan cahaya kepada asas pembentukan ketamadunan ummah.

iv.Bentuk bulan merujuk kepada konsep pendidikan yang bercirikan holistik dan berdaya saing di era globalisasi.

v.Warna Biru adalah sebagai modal insan yang berkarisma menerajui kepimpinan ummah.

vi.Warna Merah adalah semangat daya juang dalam menegakkan syiar Islam.

vii.Warna Putih adalah tulisan nama sekolah berdasarkan kesesuaian fitrah kanak-kanak.


SESI
PERSEKOLAHAN : 7:30 pagi – 4:30 petang ( Darjah 1, 2, 3, 4, 5 & 6) 


Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) ialah suatu pelaporan pentaksiran baharu. PPSR ini dilaksanakan untuk mentaksir pencapaian semua murid SECARA HOLISTIK pada peringkat Pendidikan Rendah (Sekolah Rendah) mengantikan istilah Pentaksiran Tahun 6 yang sedia ada.

 
 

Praktikal Solat Harian                                             Bacaan Mathurat, Al Kahfi, & Yasin

 

 

Program KAMIL (Peringkat Daerah & Negeri)

 

 

Hari Sukan Sekolah

 

 

Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD)

 
 

Aktiviti Kokurikulum (Tahap 1)

Aktiviti Kokurikulum (Tahap 2) : Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS)

Aktiviti Kokurikulum (Tahap 2) : Puteri Islam

Taekwando

English Week

Program Kesedaran Kesihatan : Ceramah Pencegahan Denggi

Sambutan Hari Raya

Bengkel Matematik

Bengkel Q-Gen

Program Smart Memory 25 Rasul

Program Jalinan Kasih (Indonesia – Malaysia)

Aktiviti Pembinaan Sahsiah selepas UPSR : Lawatan ke Gua Tempurung

Program Pembinaan Sahsiah : Prokids Tour Bersama Ustaz Ebit Liew

 

Ruang Santai

Taman Sains

Stor Sukan

YURAN PENDAFTARAN 2024
Tahun 1-4

 

YURAN PENDAFTARAN 2024
Tahun 5 & 6

APA KATA IBU BAPA ?

Copyright © 2020 Akademi Generasi Mukmin Eduzone Sdn Bhd