Sekolah Menengah Islam Integrasi Al Amin

  1. Mempunyai tenaga pengajar yang terlatih dan berpengalaman.
  2. Menyediakan RUTIN DAN BUDAYA DIDIKAN berteraskan pembinaan akhlak dan karektor generasi mukmin professional.
  3. Suasana pembelajaran yang selesa dalam kelas yang berhawa dingin.
  4. Aspek keselamatan yang terjamin dalam persekitaran yang terkawal.
  5. Tumpuan pembelajaran yang tinggi dalam bilangan murid yang minimum (15 orang maximum satu kelas)
  6. Kesepaduan pendidikan akademik dan agama.
  7. Pembelajaran menyeronokkan dengan aktiviti sains teknologi ,kejuruteraan,arkitek dan matematik (STEAM).
  8. Kurikulum hafazan berserta tadabbur ayat Al Quran

1.Pembelajaran dalam kelas berkonsepkan “Small Group Coaching”.
2.Laporan prestasi pembelajaran anak-anak yang sistematik melalui sistem E-waris .
3.Konsep “one stop education centre” memudahkan ibu bapa menghantar anak-anak dari peringkat pendidikan awal kanak-kanak,pra sekolah,sekolah rendah dan sekolah menengah.

NAMA SEKOLAH : SEKOLAH MENENGAH ISLAM INTEGRASI AL AMIN

Penggunaan nama Sekolah Menengah Islam (SMI) merujuk kepada Sekolah Swasta Islam yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). 

Menawarkan perkhidmatan pendidikan secara integrasi yang menggabungkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dengan Kelas Aliran Agama (KAA) bagi membentuk pelajar yang seimbang dari aspek akademik, sahsiah dan kerohanian.

Pembelajaran turut diperkukuhkan melalui Kelas Kemahiran al-Quran (KKQ), penguasaan Bahasa Arab dan Pendidikan Agama, serta Rutin Istimewa Tarbiah dan pelbagai aktiviti praktikal yang memberi pengalaman pembelajaran secara langsung kepada para pelajar.

i.Bentuk bulat mengambar bumi dan peta dunia (world cup)

ii.Rehal dan Al Quran

iii.Perkataan       yang membawa maksud budaya ilmu : melahirkan generasi mukmin bertaqwa dan professional dalam menjalankan amanah sebagai khalifah yang memakmurkan serta mentadbir urus muka bumi, membina kesatuan ummah berteraskan Al Quran dan As Sunnah bermula dengan peneguhan budaya ilmu dalam mencari redha Allah swt.

iv.Warna Biru : Lambang keharmonian ummah.

v.Warna Merah : Semangat juang mendaulatkan Islam.

SESI PERSEKOLAHAN : 

7:30 pagi – 5:00 petang ( ISNIN – KHAMIS)

7:30 pagi – 3:30 petang ( SETIAP JUMAAT)

Menengah Bawah : Tingkatan 1 – 3

 

 

Menengah Atas : Tingkatan 4-5

PEMBENTUKAN SAHSIAH GENERASI MUKMIN

 

 

 

 

Copyright © 2020 Akademi Generasi Mukmin Eduzone Sdn Bhd

viagrashop24h