DANA DIPERLUKAN BAGI PEMBANGUNAN PRASARANA, PENYELENGGARAN DAN KOS OPERASI SEKOLAH SERTA PEMBELIAN TANAH TAPAK SEKOLAH
Akademi Generasi Mukmin Sdn. Bhd. ditubuhkan pada tahun 2017 (no.pendaftaran syarikat:1221968-w), beralamat di G-13, Jalan Kasturi 1A, Bukit Beruntung,48300 Rawang, Selangor Darul Ehsan merupakan satu syarikat yang menguruskan semua institusi pendidikan yang berada di bawah Al Amin Training & Education sebelum ini semenjak tahun 2005 dengan lebih sistematik, efisien, dan berdaya saing dalam memberi khidmat kepada ummah dan masyarakat sekitar khasnya. Rangkaian sekolah di bawah Akademi Generasi Mukmin Sdn Bhd adalah berdaftar di bawah JAIS,
- Sekolah Rendah Islam Integrasi Al Amin – 11S(6) 2/36
- Sekolah Menengah Islam Integrasi Al Amin – 12S(6) 2/11
- Sekolah Rendah Islam An Najah – 10S(6) 5/51
- Tadika Integrasi Cemerlang – PPDHS.600-11/1/2
- Taska Permata Al Amin – B/TI 040/2018
Akademi Generasi Mukmin Sdn. Bhd. atau dikenali sebagai (AGMSB) bercirikan perkhidmatan pendidikan ‘one stop centre’ iaitu dengan menawarkan perkhidmatan pendidikan setempat dari peringkat awal kanak – kanak, pra sekolah (Tadika), sekolah rendah sehingga ke peringkat sekolah menengah berteraskan didikan dan pembinaan karaktor generasi mukmin bermula dari seawal usia hingga ke peringkat menengah agar anak – anak yang tamat pembelajarannya di sini mempunyai satu jati diri mukmin yang mantap dan seterusnya mampu membentuk kehidupan diri, masyarakat, negara, dan dunia berteraskan Al Quran dan as Sunnah.
Pelbagai anugerah yang telah dicapai oleh pihak sekolah semenjak beroperasi hingga kini,
Reputasi dan prestasi sekolah yang cemerlang memberi keyakinan yang tinggi kepada warga setempat khususnya untuk memilih rangkaian sekolah dibawah AGMSB. Justeru, pihak pengurusan memerlukan satu kawasan khas yang lebih selesa dan boleh menampung keseluruhan murid dan operasi pendidikan rangkaian sekolah di bawah AGMSB. Keperluan di atas amat mendesak kerana buat masa ini sekolah beroperasi di bangunan rumah kedai yang disewa dan berusia agak lama namun kos sewa semakin meningkat setiap tahun.
Kos sewa yang semakin meningkat tetapi bilangan pelajar tidak dapat ditambah dengan ruangan yang terhad menyebabkan kos pengurusan bulanan yang semakin tinggi. Justeru, pihak pengurusan sekolah amat memerlukan bangunan sendiri yang lebih sesuai dan selesa.
DANA DIGUNAKAN UNTUK :
- Pembangunan (Prasarana dan penyelenggaraan) – RM300,000.00
- Pembelian tanah untuk tapak sekolah – RM1.5JUTA
- Pengurusan (sewa, utiliti, dan gaji) – RM250,000.00 sebulan
Bagaimana anda boleh membantu?
Untuk memudahkan saudara/saudari menghulurkan bantuan, pihak kami telah menyusun mengikut pakej seperti di bawah:
BANTUAN DANA PEMBELIAN TANAH TAPAK SEKOLAH –
BERMULA RM300.00
BANTUAN DANA PEMBANGUNAN (PRASARANA & PENYELENGGARAAN) – RM 100.00
BANTUAN KOS PENGURUSAN – RM 50.00
BANTUAN SEIKHLAS HATI – RM 10.00
Bank : MAYBANK
Nama : AKADEMI GENERASI MUKMIN SDN BHD
No Akaun : 5629-9101-8584
Letakkan reference “AGMDANA” untuk mudahkan pihak kami agihkan dana.
Semoga segala keprihatinan, perhatian dan sumbangan ikhlas tuan/puan ALLAH berkatinya dan membalasnya dengan sebesar-besar ganjaran, diberkati rezeki dan umur dengan keberkatan sedekah jariah ini.