Pada 4 Disember 2022 | SRI AN NAJAH Rombongan ke pulau pinang oleh pelajar dari SRI An Najah. Mereka berpeluang melawati beberapa tempat menarik sekitar Pulau Pinang.
Alhamdulillah anak-anak kali ni berpeluang melawati beberapa tempat menarik sekitar Pulau Pinang.
Antaranya Kg. Agong belajar perkara berkaitan padi, ikan, kuda dan bergambar kenangan di kawasan- kawasan indah. Taman Burung yang terdiri dari 3000 spesis burung dan taman burung pertama dibuka di Malaysia. Bukit Bendera setinggi 735 meter serta Kubu Cornwallis tempat peninggalan sejarah ketika Penjajahan British di Pulau Pinang suatu ketika dahulu yang masih bersisa bangunannya yang boleh dilihat. Tidak lupa Street Art lokasi menarik untuk dilihat kerana hasil air tangan yang dilukis oleh tangan manusia sendiri dengan begitu kreatif.
Semoga perjalanan kembara ilmu mereka ini memberikan ilmu baru buat mereka disamping merapatkan ukhwah sesama murid dan guru 🥰🥰