Alhamdulillah SRI Integrasi Al Amin berkesempatan menghantar murid yang berbakat untuk menyertai pertandingan Kemahiran Amal Islami (KAMIL) bertempat di SRA Ulu Bernam pada 9 Jun 2024 dan di SRA Kuala Kubu Bahru pada 23 Jun 2024. Tahniah diucapkan bagi penyertaan dari rawi marhaban kategori perempuan kerana telah mendapat tempat ketiga. Syabas juga diucapkan kepada wakil murid – murid dari penyertaan yang lain kerana telah berani menonjolkan diri dalam menyertai pertandingan yang lain. Semoga pengalaman murid – murid dalam menyertai pertandingan ini dapat mengasah bakat, meningkatkan lagi kemahiran dan membina keyakinan diri supaya sentiasa berani berhadapan di khalayak ramai serta bersaing dengan cara sihat.

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2020 Akademi Generasi Mukmin Eduzone Sdn Bhd