Alhamdulillah, pada pagi tadi anak-anak dari Generasi Mukmin Kidszone telah mengadakan lawatan ke Masjid Perodua sempena program Ihya Ramadhan.

Terdapat pelbagai aktiviti yang little abd buat disana antaranya adalah bercerita tentang adab-adab ketika berada di masjid, menyebut tagline little abd bersama dengan pengajar dan menyebut kalimah shahadah bersama. Little abd juga berpeluang membuat kolaj nama Allah serta melipat sampul duit dan memasukkan duit ke dalamnya. Little abd juga diberi peluang memasukkan sampul duit tersebut ke dalam tabung yang disediakan di masjid.

Terima kasih kepada pihak masjid perodua kerana membenarkan little abd mengadakan program ini.

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2020 Akademi Generasi Mukmin Eduzone Sdn Bhd