Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.

Pagi tadi telah berlangsungnya sesi ‘Meet & Greet’ warga SRI Integrasi Al Amin, Bukit Beruntung bersama Ibu bapa/penjaga. Pelbagai perkongsian telah diberikan malah peserta juga berpeluang untuk mengajukan soalan yang berkaitan dengan sekolah dan pembelajaran.Program hari ini juga diisi dengan sesi lawatan ke persekitaran sekolah. Terima kasih kepada semua Ibu bapa/ penjaga yang hadir pada hari ini atas kerjasama yang diberikan. Insha allah, pihak sekolah akan sentiasa berusaha untuk memberikan khidmat serta kualiti yang terbaik untuk anak-anak murid SRI Integrasi Al Amin, Bukit Beruntung.

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2020 Akademi Generasi Mukmin Eduzone Sdn Bhd