لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ لَبَّيْكَ لاَ شَرِيكَ لَكَ لَبَّيْكَ إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ لاَ شَرِيكَ لَكَ

Alhamdulillah, pada Selasa 12 Julai 2023 telah berlangsung dengan jayanya Mega Simulasi Haji Mega yang mana dijalankan dengan gabungan institusi di bawah Akademi Generasi Mukmin Eduzone iaitu Sekolah Menengah Islam Integrasi Al Amin, Sekolah Rendah Islam An Najah, Tadika Integrasi Cemerlang dan Playschool Permata Al Amin.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada ibu bapa/penjaga yang telah memberi kerjasama terbaik bagi menjayakan program ini berlangsung dengan jayanya. Sekalung TAHNIAH juga diucapkan kepada semua para pelajar dan Little ‘Abd yang telah berjaya melakukan Simulasi Ibadah Haji ini hingga selesai 6 Rukun Haji sepertimana yang telah dipelajari. Melalui simulasi ini murid dapat melalui proses pembelajaran dan pengalaman tentang rukun dan pelaksanaan ibadah haji yang sebenar dengan merasai suasana panas,bersesak dan kepayahan melaksanakan haji untuk memberikan mereka pengalaman baru bagaimana perjalanan ibadah haji. MasyaAllah, semoga Allah memberi kefahaman yang baik untuk semua pelajar !!

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2020 Akademi Generasi Mukmin Eduzone Sdn Bhd