Alhamdulillah, tabarakallah… Pada 18 Jun 2023 dalam majlis berprestij di Dewan Jubli Perak SUK Shah Alam Tadika Integrasi Cemerlang telah dinobatkan sebagai Penerima Anugerah Tadbir Urus Tadika Daerah Hulu Selangor.Terima kasih dan tahniah khas buat pihak penganjur Persatuan Tadika Swasta Selangor dengan kerjasama PPD , JPN Selangor, kerajaan negeri Selangor dan semua rakan pengusaha seluruh negeri Selangor Darul Ehsan julung kali menjayakan program ini dengan jayanya.Tahniah kepada barisan team guru TIC yang telah bertungkus lumus penuh dedikasi menjalankan amanah sebagai pendidik generasi mukmin, team office dan sokongan. Moga usaha kalian dilimpahi rahmah dan beroleh redha Allah swt.

Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada para ibu bapa yang telah memberi sokongan padu serta kepercayaan memilih Tadika Integrasi Cemerlang sebagai Pilihan Tepat Didikan Generasi Mukmin Profesional.Semoga anugerah yang diperolehi menjadi pemangkin melonjakkan semangat untuk lebih berdaya juang mengekalkan kualiti di aras tertinggi demi meraih redha Ilahi.

#AkademiGenerasiMukminEduzone
#TadikaIntegrasiCemerlang
#LittleAbdBukitBeruntung
#GenerasiMukminKinder

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2020 Akademi Generasi Mukmin Eduzone Sdn Bhd